Aktiviti pemulihan ini untuk murid yang pencapaian rendah dalam memahami konsep menyukat isipadu cecair sesebuah bekas. Aktiviti yang berbentuk permainan dicadangkan supaya murid-murid ini dapat belajar dalam suasana yang seronok dan menarik. Ini adalah kerana murid mudah mempelajari sesuatu semasa bermain.
Hasil pembelajaran:
Membandingkan isipadu cecair
Bahan-bahan:
Satu set kad permainan buatan sendiri.
Prosedur:
- Murid bermain secara berpasangan.
- Bentukkan 2 salinan kad permainan dan potong.
- Berikan setiap pasangan satu set kad.
- Kocokkan kad dan bahagikan kepada murid-murid.
- Bilang 1 hingga 3, murid akan membuka kad itu dan menyusunnya di atas meja.
- Tengok kad yang dibuka itu, murid menyatakan isipadu cecair di dalam kad mereka dengan betul.
- Jikalau mereka salah membacanya, kad akan diberikan kepada pasangannya.
- Jika kedua-duanya membaca tepat, murid membaca isipadu cecair dengan tepat dan menganggar dan membandingkan isipadu cecair di atas kad. Murid yang mendapat isipadunya tinggi akan menyimpan kad pasangannya.
- Jika kad itu menunjukkan isipadu cecair yang sama, maka kedua-duanya akan menyimpan kad pasangan masing-masing.
- Bila semua kad sudah dibuka murid akan mengira berapa banyak kad yang mereka dapat dan pemenangnya adalah murid yang mempunyai lebih kad.
No comments:
Post a Comment