Aktiviti pengayaan ini untuk murid yang pencapaian tinggi dalam memahami konsep menyukat isipadu cecair sesebuah bekas. Aktiviti yang dicadangkan untuk murid ini lebih kepada penerokaan dan amat gemar dengan aktiviti yang mencabar. Aktiviti seperti membuat perbandingan isipadu cecair dalam pelbagai bekas secara berkumpulan ataupunindividu amatlah sesuai untuk murid-murid ini.
Hasil pembelajaran:
Mengukur isi padu cecair dengan menggunakan unit bukan standard.
satu set bekas yang berbeza untuk setiap kumpulan
Bahan-bahan:
1 jug besar air.
1 cawan plastik
1 botol plastik
1 gelas
Prosedur:
- Bahagikan kepada 6 kumpulan untuk gerakkerja kumpulan.
- Lantik seorang dalam setipa kumpulan untuk menjadi pencatat.
- Berikan kepada setiap kumpulan satu set bekas yang berbeza saiz dan 1 jug besar air.
- Murid mengisi jug besar air.
- Murid menganggar jumlah cawan yang diperlukan untuk mengisi kesemua air dari dalam jug besar itu.
- Murid mengisi botol untuk memeriksa anggaran mereka.
- Ulangi aktiviti itu tadi dengan bekas-bekas lain.
- Murid mencatat hasil dapatan didalam jadual seperti dibawah;
Bekas | Cawan Plastik | Botol Plastik | Gelas |
Anggaran |
|
|
|
Ukuran |
|
|
|
- Ada murid menulis dapatan mereka seperti catatan di bawah;
Isipadu air dalam jug adalah sama dengan jumlah_______cawan plastik.
Isipadu air dalam jug adalah sama dengan jumlah _______botol plastik.
Isipadu air dalam jug adalah sama dengan jumlah _______gelas.
- Murid-murid membuat perbincangan mengenai ketiga-tiga bekas tadi (cawan plastik,botol plastik,gelas) iaitu yang mana mempunyai jumlah yang paling banyak.
No comments:
Post a Comment