|
Tersalah Konsep Dalam Menyukat.
Jika ditunjuk dan ditanya kepada kanak-kanak, mana lebihnya kandungan atau muatan dalam bekas tersebut.
Maka jawapannya, bekas yang tinggi yang akan dipilih oleh kanak-kanak walaupun yang rendah itu sebenarnya banyak isinya. Oleh itu adalah lebih baik belajar mengenai jumlah kandungan atau muatan dahulu sebelum mengajar perbandingan.
Haruslah diingat para guru sekalian, bahawa ramai kanak-kanak yang datang ke sekolah dengan mengetahui sedikit konsep ukuran panjang dan sedikit perkatan bercampur dengan rakan-rakannya. Tetapi terdapat sedikit idea mengenai isi kandungan. Sementara perbandingan boleh dibuat dengan membandingkan 2 bekas. Kanak-kanak yang masih baru selalunya membuat perbandingan ukuran panjang untuk menjadikannya ukuran ketinggian yang tepat dan lebih baik daripada isi kandungannya.