Monday, November 22, 2010

Pengenalan

Tersalah Konsep Dalam Menyukat.

Jika ditunjuk dan ditanya kepada kanak-kanak, mana lebihnya kandungan atau muatan dalam bekas tersebut.

Maka jawapannya, bekas yang tinggi yang akan dipilih oleh kanak-kanak walaupun yang rendah itu sebenarnya banyak isinya. Oleh itu adalah lebih baik belajar mengenai jumlah kandungan atau muatan dahulu sebelum mengajar perbandingan.

Haruslah diingat para guru sekalian, bahawa ramai kanak-kanak yang datang ke sekolah dengan mengetahui sedikit konsep ukuran panjang dan sedikit perkatan bercampur dengan rakan-rakannya. Tetapi terdapat sedikit idea mengenai isi kandungan. Sementara perbandingan boleh dibuat dengan membandingkan 2 bekas. Kanak-kanak yang masih baru selalunya membuat perbandingan ukuran panjang untuk menjadikannya ukuran ketinggian yang tepat dan lebih baik daripada isi kandungannya.

Sunday, October 24, 2010

Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan ini untuk murid yang pencapaian tinggi dalam memahami konsep menyukat isipadu cecair sesebuah bekas. Aktiviti yang dicadangkan untuk murid ini lebih kepada penerokaan dan amat gemar dengan aktiviti yang mencabar. Aktiviti seperti membuat perbandingan isipadu cecair dalam pelbagai bekas secara berkumpulan ataupunindividu amatlah sesuai untuk murid-murid ini.

Hasil pembelajaran:

Mengukur isi padu cecair dengan menggunakan unit bukan standard.

satu set bekas yang berbeza untuk setiap kumpulan

Bahan-bahan:

1 jug besar air.

1 cawan plastik

1 botol plastik

1 gelas

Prosedur:

  1. Bahagikan kepada 6 kumpulan untuk gerakkerja kumpulan.
  2. Lantik seorang dalam setipa kumpulan untuk menjadi pencatat.
  3. Berikan kepada setiap kumpulan satu set bekas yang berbeza saiz dan 1 jug besar air.
  4. Murid mengisi jug besar air.
  5. Murid menganggar jumlah cawan yang diperlukan untuk mengisi kesemua air dari dalam jug besar itu.
  6. Murid mengisi botol untuk memeriksa anggaran mereka.
  7. Ulangi aktiviti itu tadi dengan bekas-bekas lain.
  8. Murid mencatat hasil dapatan didalam jadual seperti dibawah;

Bekas

Cawan Plastik

Botol Plastik

Gelas

Anggaran




Ukuran




  1. Ada murid menulis dapatan mereka seperti catatan di bawah;

Isipadu air dalam jug adalah sama dengan jumlah_______cawan plastik.

Isipadu air dalam jug adalah sama dengan jumlah _______botol plastik.

Isipadu air dalam jug adalah sama dengan jumlah _______gelas.

  1. Murid-murid membuat perbincangan mengenai ketiga-tiga bekas tadi (cawan plastik,botol plastik,gelas) iaitu yang mana mempunyai jumlah yang paling banyak.

Aktiviti Pemulihan

Aktiviti pemulihan ini untuk murid yang pencapaian rendah dalam memahami konsep menyukat isipadu cecair sesebuah bekas. Aktiviti yang berbentuk permainan dicadangkan supaya murid-murid ini dapat belajar dalam suasana yang seronok dan menarik. Ini adalah kerana murid mudah mempelajari sesuatu semasa bermain.

Hasil pembelajaran:

Membandingkan isipadu cecair

Bahan-bahan:

Satu set kad permainan buatan sendiri.

Prosedur:

  1. Murid bermain secara berpasangan.
  2. Bentukkan 2 salinan kad permainan dan potong.
  3. Berikan setiap pasangan satu set kad.
  4. Kocokkan kad dan bahagikan kepada murid-murid.
  5. Bilang 1 hingga 3, murid akan membuka kad itu dan menyusunnya di atas meja.
  6. Tengok kad yang dibuka itu, murid menyatakan isipadu cecair di dalam kad mereka dengan betul.
  7. Jikalau mereka salah membacanya, kad akan diberikan kepada pasangannya.
  8. Jika kedua-duanya membaca tepat, murid membaca isipadu cecair dengan tepat dan menganggar dan membandingkan isipadu cecair di atas kad. Murid yang mendapat isipadunya tinggi akan menyimpan kad pasangannya.
  9. Jika kad itu menunjukkan isipadu cecair yang sama, maka kedua-duanya akan menyimpan kad pasangan masing-masing.
  10. Bila semua kad sudah dibuka murid akan mengira berapa banyak kad yang mereka dapat dan pemenangnya adalah murid yang mempunyai lebih kad.

Bahan-Bahan Bantu Mengajar
































Bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, releven, mudah diperolehi untuk mengukur isipadu cecair dalam bekas-bekas di atas seperti bekas minuman, cawan kertas, cawan plastik dan botol minuman.









Thursday, October 14, 2010

Mengukur Isipadu dengan pelbagai Bekas Kaca




Bagaimana Isipadu cecair dapat diukur dalam pelbagai bekas kaca?

Untuk memahami konsep isipadu kepada murid-murid tahun 2, guru perlu menggunakan pelbagai warna cecair untuk mendapatkan perbezaan cecair dalam pelbagai bekas.